INFORMASI TEMPATAN
Pengenalan
Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan cetusan idea Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah lebih cekap dan berkesan disamping meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk melayu khususnya pada masa itu. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
Arena Warna![]() |
UK Farm![]() |
Waterpark ![]() |
Zenxin Organic Farm![]() |
Western Cafe![]() |
Kluang RailCoffee![]() |
Lemang Kubor ![]() |
Pitts Station![]() |
Dewan Orang Ramai Felda Ayer Hitam![]() |
Dewan Terbuka![]() |
Gelanggang Futsal![]() |
Klinik Desa![]() |
Sekolah Kebangsaan Felda Ayer Hitam![]() |
Sekolah Agama![]() |
Tabika Kemas![]() |
i) Program bermula dengan Advokasi KDB oleh PEDi Felda Ayer Hitam.
ii) Pendaftaran peserta mengikuti program membuat dumpling.
iii)Tenaga pengajar daripada Usahawan Perniagaan Makanan.
iv) Program ini bertujuan menarik minat penduduk setempat untuk memulakan perniagaan sampingan bagi menambah pendapatan isi rumah.
Jenis Jualan : Cendol , Makanan & Minuman
Pengalaman/Manfaat Di NADI :Mengikuti Bengkel Usahawan Shopee PUPUK pada 14 Jun 2023 serta mengikuti kelas usahawan di PEDi














