ROADSHOW NADI JOHOR 2024

Aktiviti terkini | 8-10 September 2024

Tempat Aktiviti:
Berjaya Waterfront Hotel, Johor

Nama VIP :
• Encik Azahari Osman, Pengarah Projek Perkhidmatan Pintar NADI

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dibuat di setiap negeri dan dihadiri pengurus atau penolong pengurus selama 3 hari 2 malam. Tujuan utama Roadshow dibuat adalah untuk memberi penerangan kepada petugas NADI mengenai perkhidmatan dan KPI terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama rakan teknikal yang lain seperti Maxis, Redtone, CelcomDigi dan Telekom Malaysia.

• Antara perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh NADI adalah Kesejahteraan Kendiri, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Inisiatif Kerajaan, Keusahawanan dan Kesedaran. Melalui perkhidmatan terbaru ini, pelbagai program disediakan kerajaan untuk membantu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekitar dari setiap lapisan umur dan latar belakang pendidikan.

Tujuan :
• Petugas diberi pendedahan mengenai Perkhidmatan Pintar NADI serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang terbaru.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta pada hari pertama, jam 12.00 – 2.00 pm.
• Sesi pertama pada hari pertama bermula jam 2, penerangan mengenai pengenalan Perkhidmatan Pintar Nadi serta NADI eKelas.
• Sesi siang pada hari kedua, peserta mempelajari tentang Pembelajaran Sepanjang Hayat, Keusahawanan serta Kesedaran.
• Sesi pada sebelah malam pula, petugas mempelajari mengenai MyDigital ID serta pembayaran tanpa tunai.
• Hari terakhir iaitu hari ketiga, peserta mempelajari mengenai Kesejahateraan Kendiri dan e-Sukan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempelajari mengenai perkhidmatan terbaru NADI dengan lebih mendalam.
• Dapat mengenali petugas NADI dari pelbagai daerah sekaligus bertukar idea dan pendapat mengenai kaedah pengurusan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :