PENDAFTARAN PADU BERSAMA DOSM DAERAH KLUANG
Aktiviti terkini | 28 Januari 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Ayer Hitam
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan khusus buat Komuniti Felda Ayer Hitam dan sekitar yang berumur dari 18 tahun ke atas.
• Seramai hampir 50 orang peserta telah menyertai program ini dibantu oleh 4 orang pegawai DOSM Daerah Kluang.
• Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan keistimewaan Sistem Pangkalan Data untuk pemberian bantuan dan subsidi bersasar.
Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat peserta untuk mendaftar dan mengisi borang secara atas talian dalam sistem PADU yang pihak kerajaan lancarkan pada 2 Januari 2024.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dijalankan bermula pada jam 9:30 pagi hingga 5:00 petang.
• Program dimulakan dengan pendaftaran manual serta diikuti secara dalam talian melalui website https://padu.gov.my.
• Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikaan yang berumur antara 18 tahun hingga 75 tahun.
• Para Peserta yang mengalami sebarang masalah eKYC ketika proses pengesahan identiti dapat diselesaikan oleh pegawai Pemeriksa DOSM Daerah Kluang sendiri.
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan yang pihak Kerajaan lancarkan bagi membantu golongan tidak mampu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :