PROGRAM MCMC CASHLESS SOCIETY FELDA BUKIT TONGKAT
Aktiviti terkini | 26 Februari 2024Tempat Aktiviti:
NADI Felda Ayer Hitam
Nama VIP :
• Pn. Jafizwaty Binti Ishahak (MCMC)
• En. Mohd Hazwan Halmi (MCMC)
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan khusus buat Komuniti Felda Bukit Tongkat dan sekitar.
• Program ini merupakan kerjasama PEDi Bukit Tongkat, PEDi Felda Ayer Hitam dan PEDi Felda Kahang Barat.
• Selain itu juga program ini hasil daripada kerjasama Felda, MCMC dan Penganjur Acara dari Reacch Productions Sdn Bhd.
• Seramai hampir 140 orang pengunjung telah menyertai program ini.
• Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya Pendaftaran PADU dari DOSM daerah Kluang, Mini Games, Cabutan Bertuah, Permainan Play Station RM 1.00, Roda E wallet dan banyak lagi.
• Terdapat gerai-gerai usahawan, Booth Touch n Go serta Bank Islam.
Tujuan :
• Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan keistimewaan penggunaan urusan seharian terutamanya dalam aktiviti jual beli tanpa tunai.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dijalankan bermula pada jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang.
• Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan pendaftaran peniaga tempatan.
• Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikaan dari pelbagai peringakat umur.
• Para Pengunjung yang berumur 18 tahun keatas juga boleh mendaftar PADU yang diadakan dalam kawasan Surfing Area PEDi.
• Terdapat FSP dari Touch n Go serta Bank Islam turut hadir memberikan perkhidmatan E-wallet mereka.
• Aktiviti pagi dimulakan dengan permainan mini games iaitu acara word search, Speed Math, Yes No dan Botol Idaman. Setiap pemenang utama mini games ini berpeluang memenangi hadiah Bonanza sebanyak RM 50 e-wallet.
• Cabutan bertuah bagi setiap pembelian E-wallet RM 10.00 di gerai-gerai usahawan yang tersedia. Pembeli juga berpeluang memenangi Hadiah Bonanza.
• Pada sebelah petang ketibaan Puan Jafizwaty Binti Ishahak dari MCMC HQ melawat gerai-gerai usahawan.
• Pengunjung dari golongan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermain Play Station Games yang hanya berharga RM 1 menggunakan pembelian secara E-Wallet.
• Program di akhiri dengan penyerahan hadiah Cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.
Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan dan mempertingkatkkan tahap literasi pembayaran digital dalam kalangan rakyat. Pembelian melalui kaedah e-pembayaran yang dikendalikan oleh Paynet seperti kad debit (MYDebit), JomPay, DuitNow QR dan sebagainya mudah digunakan dimana sahaja dan cepat diakses.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :